top of page
HK1_edited.png

POLIS

​

   Mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang menceritakan tentang pengalamannya yang terpaksa dikuarantin 14 hari kerana terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu lari dengan mencurigakan, pegawai polis itu pun terpaksa mengejarnya dan bergelut dengannya tanpa mengetahui bahawa lelaki tersebut ketakutan kerana terlibat dengan  kluster rumah urut. Pegawai polis itu telah diibaratkan sebagai close contact kepada lelaki tersebut kerana telah bersentuhan dan menyebabkannya di kuarantin selama 14 hari. 

PILOT

​

     Mengisahkan tentang seorang juruterbang yang bekerja dengan syarikat penerbangan Maya Airlines yang sedang melakukan latihan simulator di rumahnya sendiri. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran ketika melakukan latihannya di rumah kerana semenjak pkp, kerajaan tidak membenarkan sebarang penerbangan ke luar negara. Walaupun terpaksa duduk di rumah namun minatnya terhadap pekerjaannya sangatlah tinggi kerana itu merupakan cita-citanya dari dulu dan baginya latihan adalah sangat penting untuk mengekalkan skill pemanduan kapal terbangnya kerana pekerjaaannya sebagai juruterbang adalah sesuatu yang berisiko.

HK6_edited.png

CIKGU

​

         Mengisahkan tentang seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menceritakan tentang mentaliti masyarakat yang memperlekehkan kepentingan subjek PJK. Walau bagaimanapun, keadaan pembelajaran sudah berubah semenjak ada PKP dan semuanya hanya dilakukan dari atas talian sahaja. Aplikasi Zoom lah menjadi salah satu platform yang digunakan oleh beliau membuat sesi pembelajaran. Beliau juga menceritakan rutin sehariannya sebelum melakukan kelas melalui aplikasi Zoom dan cabaran yang dihadapi oleh beliau untuk menyampaikan ilmu dengan semua pelajarnya.

PENGHANTAR MAKANAN

​

      Mengisahkan tentang seorang penghantar makanan yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya yang bekerja di bawah syarikat aplikasi Teddy Makan Halilintar. Rezekinya bertambah sepanjang PKP kerana dalam keadaan yang sebegini, servis penghantaran makanan amatlah diperlukan disebabkan semua masyarakat diperintahkan untuk duduk di rumah sahaja. Dia berasa dirinya adalah sebahagian daripada frontliner kerana dapat membantu orang lain untuk mendapatkan makanan. Akan tetapi, banyak peristiwa juga yang berlaku semenjak dia menjadi penghantar makanan.

NURSE

​

     Mengisahkan tentang jururawat yang berkongsi pengalamannya sepanjang bertugas ketika PKP. Penat lelah dan segala perasaan perlu dipendam kerana itu merupakan tanggungjawabnya sebagai jururawat. Beliau menceritakan pengalamannya ketika kena hantar ke Sabah dan perlu menghadap pelbagai kerenah orang yang terkait dengan Covid-19. Beliau terpaksa redho sekiranya dia pun terjangkit penyakit itu kerana hampir setiap hari dia perlu berhadapan dengan semua pesakit Covid-19.

HK7_edited.png

PEMANDU AMBULAN

​

     Mengisahkan tentang seorang pemandu ambulan yang dah tua dan berpangkat rendah tapi masih bekerja untuk mengambil orang positif dibawa ke hospital. Walaupun beliau hanya berpangkat rendah tetapi dia tidak menyalahkan pihak atasan kerana memberinya tugasan sedemikian tetapi beliau lebih marah dan kecewa terhadap masyarakat yang masih degil untuk mendengar arahan untuk duduk di rumah. Segelintir masyrakat tidak sedar akan nasib para petugas, doktor, jururawat dan semua frontliner lebih menyedihkan kerana perlu menguruskan orang-orang yang terkena Covid-19 tanpa rehat. 

HK5_edited.png

YANG BERBAHAGIA

​

     Mengisahkan seorang YB yang ingin memberikan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan situasi pandemik ini. Beliau juga mencuba untuk mengubah presepsi masyarakat terhadap dirinya yang dianggap sama dengan YB yang lain yang asyik lompat-lompat parti. Niatnya untuk menghulur bantuan telah disalah anggap juga oleh rakyat iaitu kononnya sebagai rasuah. Beliau cuba untuk prihatin terhadap kebajikan rakyat tetapi pelbagai tomahan yang di dapati beliau.

HK9_edited.png

MEDICAL ASSISTANT

​

     Mengisahkan tentang seorang pembantu perubatan yang sedang berperang untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19 di hospital. Bahkan beliau sendiri tidak sedar sudah berapa lama beliau bekerja semenjak Covid-19 ini melanda. Beliau juga antara orang pertama yang akan berhadapan dengan semua pesakit positif Covid-19 sebelum diserahkan kepada doktor. Beliau menceritakan kesusahan beliau sepanjang bekerja dengan menggunakan PPE untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit tersebut sebab virus akan berada di mana-mana sahaja. Kesedihannya lebih bertambah apabila masanya bersama keluarga juga semakin kurang bahkan cuti pun sukar untuk didapati kerana setiap hari ada sahaja kes baharu. 

HK3_edited.png

GUARD

​

     Mengisahkan tentang seorang pengawal keselamatan Bangladesh yang sedang menjaga sebuah premis yang telah ditutup kerana kes Covid-19. Dia berasa pelik dengan sikap beberapa masyarakat yang tidak menghiraukan penyakit Covid-19. Dia juga perlu bertugas 24 jam untuk menjaga premis tersebut daripada dimasuki orang luar. Dia perlu bekerja demi untuk menyara keluarganya di Bangladesh dan sanggup berpisah untuk mencari rezeki. Dia perlu menjalankan tugasnya walaupun sering mendapat cacian daripada orang luar dan majikannya sendiri. 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

​

     Mengisahkan tentang seorang petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia yang diberikan amanah untuk mengumpul data mengenai kes Covid-19. Setiap hari beliau akan mengumpul semua data jangkitan untuk setiap negeri seluruh Malaysia. Di samping itu, beliau juga akan menyediakan teks mengenai data-data tersebut untuk disampaikan di sidang media. Beliau juga perlu kerja lebih masa dan sukar untuk mendapatkan cuti kerana perlu membantu pihak KKM. Tambahan pula, tugasnya merupakan tanggungjawabnya kepada negara walaupun harus mengorbankan masanya dengan keluarga kerana kerja. Beliau inginkan semua pihak turut sama berjuang untuk menentang penyakit ini agar dapat hidup normal kembali seperti sebelum ini.

© 2023 by Black Barby. Proudly created with Wix.com

bottom of page